Wednesday, 14 September 2016

India



       Roti Canai


   
     Pengenalan
Ø  Berbentuk bulat.
Ø  Salah satu makanan kegemaran penduduk Malaysia.
Ø  Sejenis roti nipis yang diperbuat daripada tepung.
Ø  Sedap dihidangkan dengan kuah dal, parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.

Asal usul

      Ø  Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. 

  Ø Pada versi yang lain, perkataan canai datangnya dari nama bandar ChennaiIndia disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

   Cara Penyediaan & ramuan

    1- Taburkan tepung di atas meja/dulang .
2- Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung.
3- Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin dan buat bulat kecil kecil. Pastikan rata dengan majerin.
4- Doh sedia untuk di canai.



 Video ini memperkenalkan roti canai dibuat oleh chef


Thosai



Pengenalan  

Ø  juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.

Ø Terdiri drp pelbagai jenis spt tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya.
Ø  diperbuat daripada beras dan kacang dal hitam (urad dhal) dan boleh juga ditambahkan dengan rempah-ratus untuk menambahkan rasa
Ø  Kaya dgn karbohidrat & protein.
Ø  dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah (sebagai perasa sampingan) spt sambal, acar india & kari ayam atau daging kambing.
Asal usul

Ø  sejenis makanan yang berasal dari India.
Ø  lebih dikenali sebagai Dosa di luar dari Malaysia
Ø  juga ditulis sebagai tosai.
Ø pada asalnya disediakan dengan mengisar beras yang direndam semalaman atau nasi lama
Ø  Asal usul thosai sering dikaitkan sebagai sebuah resepi yang digubah untuk menggunakan nasi yang lama untuk menjadi sebuah hidangan baru supaya nasi tersebut tidak terbazir.

  Ramuan

Ø   Tepung beras
Ø   Kacang Urad

Idli



Pengenalan  
Ø dipanggil kuih beras kukus
Ø Bentuk fizikal seperti kek kecil yang tidak tebal, ia tidak manis & bukan kuih putu piring, walaupun menggunakan beras sebagai bahan asas.
Ø Jenis : sanna, rave atau sambar idli.
Ø Bahan untuk membuat kuih ini dari bater campuran kacang dal hitam yang ditapai dan beras, kemudian ia dikukus.

Ø Kuih ini dihidang bersama chutney dan sambal sebagai bahan pencecah atau perasa.

Asal usul

Ø makanan dari masyarakat selatan India ketika sarapan atau sebagai makanan ringan.

Cara penyediaan & ramuan
1.   Beras dan dal direndam sekurang-kurangnya empat jam, secara berasingan. Setengah sudu teh Halba boleh ditambah sebagai penambah rasa dan pemberi aroma.
2.   Kisar atau gilingkan bahan tadi hingga halus dan menjadi pes, dicampurkan kedua-dua bahan tadi bersama, dibiarkan semalaman untuk proses penapaian.
3.   Selepas dibiar semalaman, pastikan dulang memasak tidak mempunyai sebarang minyak atau digriskan.
4.   Kemudian, dikukus sehingga 10 ke 25 minit (mengikut saiz). 



Putu Mayam




Pengenalan 
Ø   dimakan sebagai makan pagi bersama dengan sayuran berkuah atau aviyal, aau kari ikan, dan lain-lain.
Ø  Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee.
Ø   dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa.
Ø  hidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan.


Asal usul
Ø dari Tamil nadu, selatan India




Muruku

Pengenalan 
Ø Nama lain : chakli & chakri
Ø Makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.
Ø Terdapat dlm perisa cili, asafutida, ajawain dan cumin.


Asal usul
Ø dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu.     

Cara penyediaan & ramuan
Ø Bahan utamanya terdiri dari tepug beras dan urad.

Ø dibuat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.
Resepi Muruku


Maklumat Tambahan
Makanan Tradisi Kaum India lain:


  1. https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-india
  2. http://explorasa.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=23410


Iban


Hinava

Pengenalan
Ø  Salah satu yang paling popular daripada hidangan tradisional kaum Iban.
Ø  Salad tradisional budaya ini dibuat dengan keping ikan mentah dicampur dengan jus limau, halia, bawang merah, cili mata burung, peria dan bawang merah.
Ø  Biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan.
Ø  Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan. 


Asal usulnya:
Ø  Pada zaman pemerintahan kesultanan Brunei, seorang pelayar China  singgah  di Sarawak dan memperkenalkan hinava ini kepada masyarakat Iban.
Ø  Ia berbentuk bulat dan diperbuat daripada isi ikan sahaja.
Ø  Setelah masyarakat Iban tahu cara untuk membuatnya, mereka tambah isi ikan yu, udang, sotong  dan   sebagainya.

Cara penyediaan dan ramuan
1. Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat.
2. Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
3. Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.

4. Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.





Video : Recepi hinava



Ayam Pansuh

Pengenalan
Ø  hidangan yang disediakan oleh daging ayam masak di dalam buluh.
Ø  ditutup dengan ubi kayu daun (kemudian boleh dimakan bersama-sama dengan ayam dimasak)
Ø  kaum Iban dan Bidayuh (orang Sarawak) sentiasa menyediakan hidangan ini pada mana-mana hari perayaan, terutama Gawai Dayak (perayaan untuk akhir   penuaian)
Ø  Asal-usul ayam pansuh tidak boleh didapati.





Cara penyediaan dan ramuan

  1.       Perapkan ayam dengan serai, halia,  bawang putih, bawang merah yang diketuk.
          2.       Masukkan ayam ke dalam buluh, sedikit air  dan akhir sekali tutup dengan pucuk ubi.
          3.       Bakar di atas bara api.




Pengenalan

Ø juga dikenali sebagai 'Sushi Sarawak' kerana disediakan daripada ikan mentah.
Ø Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dan diperap bersama limau dan bawang merah.
Ø Terdapat juga dicampur dengan hirisan cili mentah dan beberapa bahan sampingan lain. 
Ø paling biasa dijumpa adalah Umai Ikan.
Ø lebih sedap jika dihidangkan terus setelah disediakan atau dihidangkan sejuk setelah disimpan dalam peti sejuk.





Cara penyediaan dan ramuan

1.    Cili dan halia ditumbuk agak lumat. Kalau nak lebihkan halia pun boleh,tinggalkan sedikit untuk dihiris halus..
2.    Gaul semua bahan bersama ikan. Biarkan seketika sehingga ikan mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi.
3.    *Tambahkan hirisan cili dan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak.

Tuesday, 13 September 2016

Kadazan

 Noonsom


Untuk mengetahui recipe, sila klik perkataan “gambar” di bawah
Gambar 1: Noonsom Sada

Gambar 2: Noonsom Bambangan
Gambar 3: Noonsom Tuhau


Pengenalan

o  hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah
o  dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu
o  Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun 

o   yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Tuhau (ulam) dan Noonsom Bambangan (buah)

Ramuan dan cara penyediaan

o   Noonsom Sada
1.    Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam.
2.    Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sebelum dihidangkan.
o   Noonsom Bambangan
1.    Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam
2.    Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan
o   Noonsom Tuhau
1.    Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah
2.    Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

Bosou


Untuk mengetahui recipe, sila klik perkataan “gambar” di bawah
Gambar 2: menunjukkan Bosou

Pengenalan

o   Bosou atau dikenali sebagai Tonsom 
o   merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah
o   makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'
o   Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'
o   biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang "Pangium edule” atau daripada daging mentah hasil perburuan.
o   disimpan dalam bekas tertutup kemas, kedap udara.
o   bosou mempunyai bau yang kuat, bekas menyimpan bosou dibuat kedap udara
o   bagi mengelakkan ia menarik dan dicemari lalat dan bagi mengelakkan pertumbuhan fungi

Cara penyediaan

o   disediakan daripada daging atau ikan mentah yang akan digaul bersama-sama dengan nasi putih, garam, dan buah
o   “Panggi”, sejenis bahan pengawet yang boleh ditambah untuk mengelakkannya daripada menjadi basi dan berbau busuk
o   boleh ditambah dengan buah nangka, nenas muda, dan tuhau bagi menambah perisa
o   Batang pisang atau 'polod' juga kadang-kala dicampurkan kepada bosou ini
o   Sekiranya nasi yang digunakan baru dimasak, campuran itu akan dibiarkan sehingga mencapai suhu bilik sebelum disimpan
o   Dapat dihidangkan begitu sahaja atau dimasak terlebih dahulu
o   bagi menghilangkan bau dan menambah perisanya
o   Kebanyakan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati bersama nasi putih bersama bosou ini

Sup Manuk Lihing


Untuk mengetahui recipe, sila klik perkataan “gambar” di bawah
Gambar 3: menunjukkan sup Manuk Lihing

Pengenalan

o   Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing'
o   Dalam Bahasa Melayu merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah
o   makanan sup yang mana bahan utamanya adalah daging ayam dan dicampur dengan Lihing (sejenis minuman keras buat tempatan dari Sabah)
o   merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini
o   boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk tempatan.
o   Mengikut tradisi kaum Kadazan-Dusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin
o   dihidangkan sebagai menu harian
o   hidangan yang wajib semasa hari-hari istimewa seperti hari perkahwinan, hari jadi dan hari pertunangan serta semasa hari keramaian iaitu Pesta Menuai yang disambut setiap 30 dan 31 Mei di Sabah

Ramuan dan cara penyediaan

o   daging ayam (kebiasaannya ayam kampung), Lihing, hirisan halia
o   Daging ayam (kebiasaannya ayam kampung) akan dimasak bersama Lihing yang kemudiannya dicampur dengan hirisan halia.

Maklumat Tambahan:
Makanan Tradisi Kaum Kadazan lain :

  1. https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/12/makanan-tradisi-kaum-kadazan-dusun/
  2. http://1001rasamalaysia.blogspot.my/2012/07/makanan-tradisional-kaum-kadazan-dusun.html