Wednesday, 14 September 2016

Cina

Kuih Bakul

Gambar 1: Kuih Bakul yang dimakan semasa Tahun Baru Cina.

Untuk mengetahui recipe, sila klik perkataan “gambar” di atas 


Pengenalan
Ø Dipanggil Kuih Bakul kerana diisi di dalam berkas dari daun buluh atau pisang yang dibentuk seperti 'Keranjang' atau 'Bakul'.
Ø Ianya adalah sejenis kuih tradisional Cina yang melekit dan kenyal, biasanya dimakan semasa perayaan Tahun Baru Cina .
Ø Kuih Bakul biasanya dipotong kepingan dan digoreng dengan ubi keladi atau keledek.
Ø Cara pemakanan ini juga disukai oleh kaum lain di Malaysia.

Gambar 2: Kuih Bakul yang digoreng dengan ubi keledek.


Asal usul
Ø Menurut kepercayaan masyarakat Cina, ‘Tuhan Dapur’ ialah tuhan yang dilantik oleh Maharaja dari syurga untuk mengawasi tingkah laku manusia di dunia.
Ø Kuih Bakul dihasilkan sebagai pemulut manis semasa menyembah  ‘Tuhan Dapur’ supaya mulutnya terkunci oleh Kuih Bakul yang manis itu dan tidak bercakap buruk kepada Maharaja.
Ø Memakannya dipercayai membawa tuah kerana namanya “nian gao” (年糕) di mana perkataan (gāo) berbunyi sama seperti perkataan (gāo​) yang  bermaksud ‘tinggi’ dan melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” (年年高升)(nián nián gāo shēng) atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.



Cara penyediaan & Ramuan
Ø Kuih ini diperbuat daripada tepung pulut yang dikukus selama 12 jam-13 jam, berbentuk seperti dodol.
Ø Keadaan kuih ini yang kenyal dan kental membolehkan penyimpanan yang lama sehingga berbulan-bulan serta disejuk-beku dengan baik untuk dimakan lagi.



  

Gambar 3: Kuih Bakul yang disimpan.





Resipi kuih bakul






Kuih Bulan

Gambar 4: Kuih bulan.

Untuk mengetahui recipe, sila klik perkataan “gambar” di atas 


Pengenalan
Ø Dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh, pesta sembahyang & memerhati bulan.
Ø Oleh itu, ia dinamakan “kuih bulan”.
Ø Dimakan bersama-sama antara rakan atau keluarga apabila meraikan pesta.
Ø Masyarakat Cina biasanya memakan sekeping kecil sambil minum teh.


Gambar 5: Kuih bulan yang dimakan bersama teh.



Asal usul
Ø Penggulingan pemerintahan Mongol dengan seludup mesej-mesej dalam kuih itu semasa Dinasti Yuan.
Ø Semasa pemerintahan puak Mongol (Dinasti Yuan) yang tegas dan kejam, rakyat cina bersepakat untuk memberontak dengan dorongan puak Ming.
Ø Pada suatu malam semasa bulan mengambang, mereka membuat kuih beramai-ramai dan meletakkan kertas kecil yang tertulis tentang cara memberontak di tengah-tengah kuih itu.
Ø Usaha ini berjaya dan kerajaan Mongol berjaya digulingkan makna makanan ini diwarisi sehingga kini.



Cara penyediaan & Ramuan
Ø Biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal.
Ø Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai atau kacang merah dan dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm).
Ø Terdapat juga yang mengandungi kuning telur daripada telur itik masin di tengah.



Gambar 6 : Kuih Bulan.
Resipi kuih bulan








Dumpling (Tang Yuan)

Gambar 7: Tang Yuan.

Untuk mengetahui recipe, sila klik perkataan “gambar” di atas 


Pengenalan
Ø Perayaan Musim Menuai (Dong Zhi) merupakan perayaan terbesar sebelum tahun baru. Suatu masa dahulu, perayaan ini adalah perayaan tahun baru.
Ø Lazimnya masyarakat Cina akan merayakan Perayaan Dong Zhi ini dengan menghidangkan "Tang Yuan" iaitu bebola yang dibuat dari pulut berwarna warni dan dimasakkan dengan air gula.

Asal usul
Ø Pada hari Dong Zhi ini, masyarakat Cina membuat Tang Yuan atau Onde-onde untuk sembahyang kepada leluhur.
Ø Ia berbentuk bulat bersimbol kesekutuan, kesempurnaan dan keharmonian sebuah keluarga.
Ø Setiap ahli keluarga akan balik ke kampung untuk meraikan dan memakannya supaya menandakan keharmonian dan kesempurnaan keluarga.
Ø Mereka juga menganggap bilangan Tang Yuan yang dimakan perlu mengikut umurnya.


Cara penyediaan & Ramuan
Ø Campur tepung pulut, gula dan air sehingga jadi doh.  
Ø Bentukkan doh seperti bebola kecil,letakkan di atas pinggan dan biarkan 20-30 minit sebelum doh di masak. Ini membolehkan doh mengeras sedikit dan mudah untuk merebus nanti.
Ø Masukkan doh yang dibentukkan ke dalam air mendidih dan masak hingga doh terapung di permukaan.
Ø Hidangkannya bersama sirap yang dimasak dengan halia.
Ø Tang Yuan juga boleh berisi atau tidak mengikut kesukaan.
Ø Pewarna juga boleh ditambah ke dalam doh mengikut kesukaan.


Gambar 8: Tang Yuan yang diperbuat daripada doh.


Resipi Tang Yuan










Ladu (Jiao Zi)

Gambar 9: Jiao Zi yang direbus.

Untuk mengetahui recipe, sila klik perkataan “gambar” di atas 

Pengenalan
Ø Pada pandangan orang Cina, Jiao Zi mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan. Mereka akan makan Jiao Zi apabila berkumpul.
Ø Ketika merayakan Tahun Baru Cina, setiap keluarga akan makan Jiao Zi.


Asal usul
Ø Pada tengah malam sebelum Tahun Baru Cina, memakan Jiao Zi menandakan satu tahun sudah pun berlalu dan tahun baru menjelang tiba.
Ø Memakan Jiao Zi melambangkan “duit datang” kerana bentuknya seperti “Yuan Bao”, sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu.
Ø Orang Cina suka mengisi pelbagai jenis inti ke dalamnya dengan harapan semoga semuanya bertuah akan tiba pada tahun baru.
Ø Dengan peningkatan taraf hidup, makna Jiao Zi telah menjadi makanan biasa yang boleh dimakan bila-bila sahaja.


Cara penyediaan & Ramuan
Ø Inti Jiao Zi boleh terdiri daripada pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut dan sebagainya.
Ø Oleh sebab Jiao Zi mempunyai kulit, wangi intinya tetap kekal ketika direbus.
Ø Suhu air untuk merebus perlu lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk lain supaya rasanya tidak akan berkurang.
Ø Cara paling popular untuk memasak Jiao Zi adalah merebus kerana kaedah ini lebih berkhasiat berbanding dengan mengoreng.


Gambar 10: Jiao Zi yang digoreng.


Resipi Jiao Zi








Zong Zi (rice dumpling)


Gambar 11: Zong Zi yang biasa dimakan semasa Festival Perahu Naga.

Untuk mengetahui recipe, sila klik perkataan “gambar” di atas 

Pengenalan
Ø Bak Chang atau biasanya dipanggil Zong Zi oleh masyarakat Cina.
Ø Biasanya disajikan pada perayaan “Duanwu” atau Festival Perahu Naga untuk memperingati Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu.

Asal usul
Ø Menurut legenda, Qu Yuan gagal menasihati Raja untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu.
Ø Dia membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekecewaannya terhadap perang di tanah air lalu melompat ke dalam Sungai Miluo.
Ø Rakyat cuba menyelamatkan dia dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi. Tindakan ini adalah untuk memberi makan kepada ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan.
Ø  Bungkusan-bungkusan dikenalkan sebagai Zong Zia atau Bak Chang dan menjadi makanan tradisional masyarakat Cina semasa Festival Perahu Naga.

                                                              Gambar 12: Qu Yuan


Cara penyediaan & Ramuan
Ø Biasanya disediakan dengan nasi pulut dan dibungkus dengan daun buluh.
Ø Etnik Hokkien dalam masyarakat Cina biasanya membalut pelbagai jenis makanan yang berkhasiat ke dalamnya seperti daging, cendawan, kacang, telur masin dan sebagainya.
Ø Etnik Hakka menggunakan tepung pulut, bukannya beras pulut, dengan inti yang berlainan seperti udang kering, lobak putih kering, bawang merah, dan cendawan.
Ø Etnik Kantonis tidak menggunakan kicap langsung. Ada pula yang membuat kosong yang dipanggil 'kee chang' yang dimakan dengan gula atau kaya.
Ø Zong Zi ini tahan lama dan boleh disimpan dengan menggantungnya di tempat dingin dan kering selama seminggu. Ia juga boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dikukus semula sebelum dimakan.

Gambar 13: Zong Zi kosong.



Resipi Zong Zi


Maklumat Tambahan:
Makanan Tradisi Kaum Cina lain :




7 comments :

  1. Thanks for sharing! your blog look so nice. =)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana ajar saya membuat jiaozi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama =). Jika ada apa yang tidak faham, boleh comment di sini.

      Delete
    2. boleh saya tahu nama blogger ini ? untuk sumber saya membuat kerja kursus

      Delete
  3. Very details!learnt more about the history of traditional food.

    ReplyDelete