MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA
Wednesday, 21 September 2016
Wednesday, 14 September 2016
Melayu
Nasi Lemak
Pengenalan
Ø Nama
Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak nasi. Oleh
itu, Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan
rasa nasi itu berlemak.
Ø Makanan
tradisi kaum Melayu & makanan kegemaran bagi warganegara Malaysia.
Ø Kebanyakan
orang makan sebagai sarapan pagi.
Asal usul
Ø Nasi
lemak berasal dari tanah semenanjung Malaysia.
Ø Terdapat
juga cerita bahawa nasi lemak dicipta oleh
anak Mak Kutum, Seri yang jemu terhadap nasi.
Ø Dia
mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi.
Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas ke dalam nasi yang sedang dimasak.
Ø Oleh
kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk
menyerikan lagi nasi tersebut.
Ø Dengan
ini lahirnya nasi lemak sejak Zaman Kesultanan Melaka.
Cara penyediaan & ramuan
Ø Nasi yang dimasak
dengan menggunakan santan kelapa & daun pandan.
Ø Santan & daun
pandan digunakan untuk menambahkan rasa lemak & aroma nasi.
Ø Nasi lemak dihidang
dengan telur kukus, ikan bilis goreng, sambal belacan, timun, kacang goreng.
Ø Terdapat juga bahan
tambahan dihidang bersama seperti ayam, ikan, udang goreng dan sebagainya.
Gambar
2: Nasi lemak dengan ayam.
Gambar 3: Lemang.
Klik perkataan lemang di atas untuk recipe lemang yang sedap
Pengenalan
Ø Makanan
tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi pada hari perayaan
akan lebih meluas.
Ø Di
Malaysia, lemang telah pun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi.
Ø Lemang
merupakan makanan kegemaran kepada kaum asli di Malaysia seperti kaum Negrito
yang ada di Kelantan dan suku Semai.
Ø Lemang
sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.
Gambar
4: Serunding dan rendang yang dicampur makan
dengan lemang.
Asal usul
Ø Sejarah
tentang lemang masih tidak ternyata tetapi terdapat pendapat bahawanya berasal
dari Tanah Batak di Indonesia lalu dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia.
Ø Orang
di Indonesia juga menjadikan lemang sebagai makanan tradisional mereka.
Cara penyediaan & ramuan
Ø Lemang
diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang
dilapik dengan daun pisang dan dibakar sehingga masak.
Ø Kaedah
memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.
Ø Nasi
yang berada dalam buluh dapat tahan lama, tidak mudah basi serta tidak perlu wadah
baru untuk menyimpan kerana buluh itu sendiri sudah menjadi semacam termos
alam.
Gambar 5 : Lemang yang dimasak dengan kaedah memasak
tradisi.
Resipi memasak lemang
Rendang
Klik perkataan rendang di atas untuk recipe rendang yang sedap
Pengenalan
Ø Bersantan
dengan daging ayam sebagai bahan utama.
Ø Rendang
sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut
kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti
atau diratah makan begitu saja.
Ø Rendang
amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti
Aidilfitri dan Aidiladha mahupun pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji,
majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri
hari jadi dan sebagainya.
Asal usul
Ø Rendang
juga disebut dalam banyak kesusteraan Melayu klassik seperti Hikayat Amir
Hamzah yang membuktikan ia adalah masakan Melayu dari Minangkabau sejak
1550-an.
Ø Meskipun
rendang berasal dari Minangkabau, namun ia juga menjadi makanan tradisional
untuk Kaum Melayu dan mempunyai keistimewaan Melayu.
Ø Kaum
Melayu lebih gemar memasak ayam rendang berbanding dengan lembu yang dimasak di
Indonesia.
Cara penyediaan & ramuan
Ø Masakan
daging ayam bercita rasa pedas menggunakan campuran dari rempah-rempah (santan,
lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik).
Ø Proses
memasaknya memakan waktu berjam-jam (biasanya sekitar empat jam) hingga kering
dan berwarna hitam pekat ataupun hanya setelah ayam sudah masak (rendang yang
tidak mengering).
Ø Rendang
yang dimasak dalam waktu yang lebih singkat dan santannya belum mengering
disebut kalio (berwarna coklat terang keemasan)
Resepi memasak rendang
Gambar 8: Karipap.
Klik perkataan
karipap di atas untuk mengetahui cara membuat karipap yang ranggup
Pengenalan
Ø Nama
karipap boleh dikaitkan dengan inti yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan
perasa.
Ø Dalam
bahasa Inggeris dipanggil curry puff. Terdapat perbezaan pembuatan karipap
dengan curry puff.
Ø Lipatan
pada atas karipap yang seperti satu corakan yang dipanggil kelim.
Ø Karipap
merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau swasta.
Ø Di
Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok.
Asal usul
Ø Sejarahnya boleh dikesan dari tahun 1511
semasa kedatangan penjajah Portugis ke Melaka.
Ø Mereka telah memperkenalkan sejenis makanan
yang pelik kepada masyarakat Melayu Melaka iaitu “Empanada” yang kemudiannya
berasimilasi dengan mulut lidah Melayu menjadi karipap atau epok-epok.
Ø Kaum Melayu telah menggantikan inti dalam
“Empanada” dengan kentang kari dan daging, makna munculnya karipap yang
mempunyai keistimewaan Kaum Melayu tersendiri.
Cara penyediaan & ramuan
Ø Tepung,
air, gula, garam, minyak masakan digunakan untuk membuat kulit.
Ø Bahan
utama inti ialah daging dan kentang serta ubi keledek.
Ø Kulit
yang berisi dengan inti perlu digoreng dengan api sederhana sehingga berwarna
keemasan.
Ø Terdapat
pelbagai jenis inti karipap seperti ayam, sardin, ikan dan sebagainya.
Gambar 9: Karipap yang berisi dengan ayam.
Otak-otak
Gambar 10: Otak-otak
Klik perkataan otak-otak di atas untuk mengetahui cara membuat otak-otak yang sedap
Pengenalan
Ø Otak-otak
adalah isi ikan berempah di Malaysia. Ia terdapat di Terengganu, Pahang, Johor.
Ø Terdapat
dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu "Otak-otak Terengganu" dan
"Otak-otak Johor“
Asal usul
Ø Otak-otak
adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan.
Ø Kebiasaannya
dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang.
Cara penyediaan & ramuan
Ø Otak-otak
dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan
campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan
santan.
Ø Campuran
ini dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar atau dikukus. Sekiranya di
dibungkus dalam daun pisang, ia dikenali sebagai pais.
Ø Sungguhpun
otak-otak ikan paling biasa, terdapat juga otak-otak yang diperbuat daripada
udang, menghasilkan tekstur yang lebih pelbagai. Di Muar, terdapat juga
otak-otak dari sotong, kepala ikan dan juga ayam.
Gambar 12: otak-otak sotong.
Maklumat Tambahan:
Makanan Tradisi Kaum Melayu lain :
Makanan Tradisi Kaum Melayu lain :
Cina
Kuih Bakul
Gambar 1: Kuih Bakul yang dimakan semasa Tahun Baru Cina.
Untuk mengetahui recipe, sila klik perkataan “gambar” di atas
Pengenalan
Ø Dipanggil Kuih Bakul
kerana diisi di dalam berkas dari daun buluh atau pisang yang dibentuk seperti
'Keranjang' atau 'Bakul'.
Ø Ianya adalah sejenis
kuih tradisional Cina yang melekit dan kenyal, biasanya dimakan semasa perayaan
Tahun Baru Cina .
Ø Kuih Bakul biasanya
dipotong kepingan dan digoreng dengan ubi keladi atau keledek.
Ø Cara pemakanan ini
juga disukai oleh kaum lain di Malaysia.
Gambar 2: Kuih Bakul yang digoreng
dengan ubi keledek.
Asal usul
Ø Menurut
kepercayaan masyarakat Cina, ‘Tuhan Dapur’ ialah tuhan yang dilantik oleh
Maharaja dari syurga untuk mengawasi tingkah laku manusia di dunia.
Ø Kuih
Bakul dihasilkan sebagai pemulut manis semasa menyembah ‘Tuhan Dapur’ supaya mulutnya terkunci oleh
Kuih Bakul yang manis itu dan tidak bercakap buruk kepada Maharaja.
Ø Memakannya dipercayai membawa tuah
kerana namanya “nian gao” (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo) yang
bermaksud ‘tinggi’ dan melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi”
(年年高升)(nián nián gāo shēng) atau ringkasnya
“setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.
Cara penyediaan & Ramuan
Ø Kuih ini diperbuat
daripada tepung pulut yang dikukus selama 12 jam-13 jam, berbentuk seperti
dodol.
Ø Keadaan kuih ini yang
kenyal dan kental membolehkan penyimpanan yang lama sehingga berbulan-bulan
serta disejuk-beku dengan baik untuk dimakan lagi.
Gambar
3: Kuih Bakul yang disimpan.
Resipi kuih bakul
Kuih Bulan
Pengenalan
Ø Dimakan
semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh, pesta sembahyang & memerhati
bulan.
Ø Oleh
itu, ia dinamakan “kuih bulan”.
Ø Dimakan
bersama-sama antara rakan atau keluarga apabila meraikan pesta.
Ø Masyarakat
Cina biasanya memakan sekeping kecil sambil minum teh.
Gambar
5: Kuih bulan yang dimakan bersama teh.
Asal usul
Ø Penggulingan
pemerintahan Mongol dengan seludup mesej-mesej dalam kuih itu semasa Dinasti
Yuan.
Ø Semasa
pemerintahan puak Mongol (Dinasti Yuan) yang tegas dan kejam, rakyat cina
bersepakat untuk memberontak dengan dorongan puak Ming.
Ø Pada
suatu malam semasa bulan mengambang, mereka membuat kuih beramai-ramai dan
meletakkan kertas kecil yang tertulis tentang cara memberontak di tengah-tengah
kuih itu.
Ø Usaha
ini berjaya dan kerajaan Mongol berjaya digulingkan makna makanan ini diwarisi
sehingga kini.
Cara penyediaan & Ramuan
Ø Biasanya
pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter
dan 4-5 sm tebal.
Ø Inti
tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai atau kacang merah dan dikelilingi
oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm).
Ø Terdapat
juga yang mengandungi kuning telur daripada telur itik masin di tengah.
Gambar 6 : Kuih Bulan.
Resipi kuih bulan
Dumpling (Tang Yuan)
Pengenalan
Ø Perayaan
Musim Menuai (Dong Zhi) merupakan perayaan terbesar sebelum tahun baru. Suatu
masa dahulu, perayaan ini adalah perayaan tahun baru.
Ø Lazimnya
masyarakat Cina akan merayakan Perayaan Dong Zhi ini dengan menghidangkan
"Tang Yuan" iaitu bebola yang dibuat dari pulut berwarna warni dan
dimasakkan dengan air gula.
Asal usul
Ø Pada
hari Dong Zhi ini, masyarakat Cina membuat Tang Yuan atau Onde-onde untuk
sembahyang kepada leluhur.
Ø Ia berbentuk
bulat bersimbol kesekutuan, kesempurnaan dan keharmonian sebuah keluarga.
Ø Setiap
ahli keluarga akan balik ke kampung untuk meraikan dan memakannya supaya
menandakan keharmonian dan kesempurnaan keluarga.
Ø Mereka
juga menganggap bilangan Tang Yuan yang dimakan perlu mengikut umurnya.
Cara penyediaan & Ramuan
Ø Campur
tepung pulut, gula dan air sehingga jadi doh.
Ø Bentukkan
doh seperti bebola kecil,letakkan di atas pinggan dan biarkan 20-30 minit
sebelum doh di masak. Ini membolehkan doh mengeras sedikit dan mudah untuk
merebus nanti.
Ø Masukkan
doh yang dibentukkan ke dalam air mendidih dan masak hingga doh terapung di permukaan.
Ø Hidangkannya
bersama sirap yang dimasak dengan halia.
Ø Tang
Yuan juga boleh berisi atau tidak mengikut kesukaan.
Ø Pewarna
juga boleh ditambah ke dalam doh mengikut kesukaan.
Gambar
8: Tang Yuan yang diperbuat daripada doh.
Resipi Tang Yuan
Ladu (Jiao Zi)
Pengenalan
Ø Pada
pandangan orang Cina, Jiao Zi mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan.
Mereka akan makan Jiao Zi apabila berkumpul.
Ø Ketika
merayakan Tahun Baru Cina, setiap keluarga akan makan Jiao Zi.
Asal usul
Ø Pada tengah malam sebelum Tahun Baru Cina,
memakan Jiao Zi menandakan satu tahun sudah pun berlalu dan tahun baru
menjelang tiba.
Ø Memakan Jiao Zi melambangkan “duit datang”
kerana bentuknya seperti “Yuan Bao”, sejenis wang emas atau perak pada zaman
dahulu.
Ø Orang Cina suka mengisi pelbagai jenis inti
ke dalamnya dengan harapan semoga semuanya bertuah akan tiba pada tahun baru.
Ø Dengan peningkatan taraf hidup, makna Jiao Zi
telah menjadi makanan biasa yang boleh dimakan bila-bila sahaja.
Cara penyediaan & Ramuan
Ø Inti
Jiao Zi boleh terdiri daripada pelbagai jenis bahan, termasuk daging,
sayur-sayuran, hasil laut dan sebagainya.
Ø Oleh
sebab Jiao Zi mempunyai kulit, wangi intinya tetap kekal ketika direbus.
Ø Suhu
air untuk merebus perlu lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk lain
supaya rasanya tidak akan berkurang.
Ø Cara
paling popular untuk memasak Jiao Zi adalah merebus kerana kaedah ini lebih
berkhasiat berbanding dengan mengoreng.
Gambar 10: Jiao Zi yang digoreng.
Resipi Jiao Zi
Zong Zi (rice dumpling)
Gambar 11: Zong Zi yang biasa dimakan semasa Festival
Perahu Naga.
Untuk mengetahui recipe, sila klik perkataan “gambar” di atas
Pengenalan
Ø Bak
Chang atau biasanya dipanggil Zong Zi oleh masyarakat Cina.
Ø Biasanya
disajikan pada perayaan “Duanwu” atau Festival Perahu Naga untuk memperingati
Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu.
Asal usul
Ø Menurut
legenda, Qu Yuan gagal menasihati Raja untuk menghentikan perang saudara yang
sedang terjadi kala itu.
Ø Dia
membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekecewaannya terhadap perang di
tanah air lalu melompat ke dalam Sungai Miluo.
Ø Rakyat
cuba menyelamatkan dia dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi. Tindakan ini
adalah untuk memberi makan kepada ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan.
Ø Bungkusan-bungkusan dikenalkan sebagai Zong
Zia atau Bak Chang dan menjadi makanan tradisional masyarakat Cina semasa
Festival Perahu Naga.
Gambar 12: Qu Yuan
Cara penyediaan & Ramuan
Ø Biasanya
disediakan dengan nasi pulut dan dibungkus dengan daun buluh.
Ø Etnik
Hokkien dalam masyarakat Cina biasanya membalut pelbagai jenis makanan yang
berkhasiat ke dalamnya seperti daging, cendawan, kacang, telur masin dan
sebagainya.
Ø Etnik
Hakka menggunakan tepung pulut, bukannya beras pulut, dengan inti yang
berlainan seperti udang kering, lobak putih kering, bawang merah, dan cendawan.
Ø Etnik
Kantonis tidak menggunakan kicap langsung. Ada pula yang membuat kosong yang
dipanggil 'kee chang' yang dimakan dengan gula atau kaya.
Ø Zong
Zi ini tahan lama dan boleh disimpan dengan menggantungnya di tempat dingin dan
kering selama seminggu. Ia juga boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dikukus
semula sebelum dimakan.
Gambar 13: Zong Zi kosong.
Resipi Zong Zi
Maklumat Tambahan:
Makanan Tradisi Kaum Cina lain :
Makanan Tradisi Kaum Cina lain :
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)