Wednesday 14 September 2016

Melayu

Nasi Lemak


 Gambar 1: Nasi Lemak
Klik perkataan Nasi Lemak di atas untuk recipe Nasi Lemak yang sedap


Pengenalan
Ø Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak nasi. Oleh itu, Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak.
Ø Makanan tradisi kaum Melayu & makanan kegemaran bagi warganegara Malaysia.
Ø Kebanyakan orang makan sebagai sarapan pagi.


Asal usul
Ø Nasi lemak berasal dari tanah semenanjung Malaysia.
Ø Terdapat juga cerita bahawa nasi lemak dicipta oleh  anak Mak Kutum, Seri yang jemu terhadap nasi.
Ø Dia mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas ke dalam nasi yang sedang dimasak.
Ø Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut.
Ø Dengan ini lahirnya nasi lemak sejak Zaman Kesultanan Melaka.



Cara penyediaan & ramuan
Ø Nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa & daun pandan.
Ø Santan & daun pandan digunakan untuk menambahkan rasa lemak & aroma nasi.
Ø Nasi lemak dihidang dengan telur kukus, ikan bilis goreng, sambal belacan, timun, kacang goreng.
Ø Terdapat juga bahan tambahan dihidang bersama seperti ayam, ikan, udang goreng dan sebagainya.

  
Gambar 2: Nasi lemak dengan ayam.

Resipi memasak nasi lemak






Lemang


Gambar 3: Lemang.
Klik perkataan lemang di atas untuk recipe lemang yang sedap

Pengenalan
Ø Makanan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi pada hari perayaan akan lebih meluas.
Ø Di Malaysia, lemang telah pun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi.
Ø Lemang merupakan makanan kegemaran kepada kaum asli di Malaysia seperti kaum Negrito yang ada di Kelantan dan suku Semai.
Ø Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.
 

Gambar 4: Serunding dan rendang yang dicampur makan
      dengan lemang.




Asal usul
Ø Sejarah tentang lemang masih tidak ternyata tetapi terdapat pendapat bahawanya berasal dari Tanah Batak di Indonesia lalu dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia.
Ø Orang di Indonesia juga menjadikan lemang sebagai makanan tradisional mereka.


Cara penyediaan & ramuan
Ø Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang dan dibakar sehingga masak.
Ø Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.
Ø Nasi yang berada dalam buluh dapat tahan lama, tidak mudah basi serta tidak perlu wadah baru untuk menyimpan kerana buluh itu sendiri sudah menjadi semacam termos alam.


Gambar 5 : Lemang yang dimasak dengan kaedah memasak tradisi.


Resipi memasak lemang 



Rendang


Gambar 6: Rendang.
Klik perkataan rendang di atas untuk recipe rendang yang sedap

Pengenalan
Ø Bersantan dengan daging ayam sebagai bahan utama.
Ø Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.
Ø Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.



Asal usul
Ø Rendang juga disebut dalam banyak kesusteraan Melayu klassik seperti Hikayat Amir Hamzah yang membuktikan ia adalah masakan Melayu dari Minangkabau sejak 1550-an.
Ø Meskipun rendang berasal dari Minangkabau, namun ia juga menjadi makanan tradisional untuk Kaum Melayu dan mempunyai keistimewaan Melayu.
Ø Kaum Melayu lebih gemar memasak ayam rendang berbanding dengan lembu yang dimasak di Indonesia.


Cara penyediaan & ramuan
Ø Masakan daging ayam bercita rasa pedas menggunakan campuran dari rempah-rempah (santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik).
Ø Proses memasaknya memakan waktu berjam-jam (biasanya sekitar empat jam) hingga kering dan berwarna hitam pekat ataupun hanya setelah ayam sudah masak (rendang yang tidak mengering).
Ø Rendang yang dimasak dalam waktu yang lebih singkat dan santannya belum mengering disebut kalio (berwarna coklat terang keemasan)

Gambar 7: Rendang yang dimasak lebih lama.




                                                         Resepi memasak rendang 





Karipap

Gambar 8: Karipap.
Klik perkataan karipap di atas untuk mengetahui cara membuat karipap yang ranggup

Pengenalan
Ø Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa.
Ø Dalam bahasa Inggeris dipanggil curry puff. Terdapat perbezaan pembuatan karipap dengan curry puff.
Ø Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan yang dipanggil kelim.
Ø Karipap merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau swasta.
Ø Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok.


Asal usul
Ø Sejarahnya boleh dikesan dari tahun 1511 semasa kedatangan penjajah Portugis ke Melaka.
Ø Mereka telah memperkenalkan sejenis makanan yang pelik kepada masyarakat Melayu Melaka iaitu “Empanada” yang kemudiannya berasimilasi dengan mulut lidah Melayu menjadi karipap atau epok-epok.
Ø Kaum Melayu telah menggantikan inti dalam “Empanada” dengan kentang kari dan daging, makna munculnya karipap yang mempunyai keistimewaan Kaum Melayu tersendiri.


Cara penyediaan & ramuan
Ø Tepung, air, gula, garam, minyak masakan digunakan untuk membuat kulit.
Ø Bahan utama inti ialah daging dan kentang serta ubi keledek.
Ø Kulit yang berisi dengan inti perlu digoreng dengan api sederhana sehingga berwarna keemasan.
Ø Terdapat pelbagai jenis inti karipap seperti ayam, sardin, ikan dan sebagainya.


Gambar 9: Karipap yang berisi dengan ayam.



                                              Resepi dan cara membuat karipap ranggup




Otak-otak
Gambar 10: Otak-otak
Klik perkataan otak-otak di atas untuk mengetahui cara membuat otak-otak yang sedap

Pengenalan
Ø Otak-otak adalah isi ikan berempah di Malaysia. Ia terdapat di Terengganu, Pahang, Johor.
Ø Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu "Otak-otak Terengganu" dan "Otak-otak Johor“


Asal usul
Ø Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan.
Ø Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang.


Cara penyediaan & ramuan
Ø Otak-otak dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan.
Ø Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar atau dikukus. Sekiranya di dibungkus dalam daun pisang, ia dikenali sebagai pais.
Ø Sungguhpun otak-otak ikan paling biasa, terdapat juga otak-otak yang diperbuat daripada udang, menghasilkan tekstur yang lebih pelbagai. Di Muar, terdapat juga otak-otak dari sotong, kepala ikan dan juga ayam.

Gambar 12: otak-otak sotong.


Maklumat Tambahan:

Makanan Tradisi Kaum Melayu lain :






5 comments :

  1. Maklumat ini amat berguna . Terima kasih .

    ReplyDelete
  2. Tq so much for your useful information

    ReplyDelete
  3. Citizen Titanium Watch – The Perfect Guide for Beginners
    Customized Citizen apple watch 6 titanium Titanium watches – Watch titanium white fennec the Perfect suunto 9 baro titanium Guide for titanium trim hair cutter Beginners. These watch are equipped with ceramic vs titanium flat iron sensors, built in to accurately and accurately

    ReplyDelete