Tuesday 13 September 2016

Kadazan

 Noonsom


Untuk mengetahui recipe, sila klik perkataan “gambar” di bawah
Gambar 1: Noonsom Sada

Gambar 2: Noonsom Bambangan
Gambar 3: Noonsom Tuhau


Pengenalan

o  hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah
o  dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu
o  Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun 

o   yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Tuhau (ulam) dan Noonsom Bambangan (buah)

Ramuan dan cara penyediaan

o   Noonsom Sada
1.    Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam.
2.    Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sebelum dihidangkan.
o   Noonsom Bambangan
1.    Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam
2.    Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan
o   Noonsom Tuhau
1.    Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah
2.    Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

Bosou


Untuk mengetahui recipe, sila klik perkataan “gambar” di bawah
Gambar 2: menunjukkan Bosou

Pengenalan

o   Bosou atau dikenali sebagai Tonsom 
o   merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah
o   makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'
o   Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'
o   biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang "Pangium edule” atau daripada daging mentah hasil perburuan.
o   disimpan dalam bekas tertutup kemas, kedap udara.
o   bosou mempunyai bau yang kuat, bekas menyimpan bosou dibuat kedap udara
o   bagi mengelakkan ia menarik dan dicemari lalat dan bagi mengelakkan pertumbuhan fungi

Cara penyediaan

o   disediakan daripada daging atau ikan mentah yang akan digaul bersama-sama dengan nasi putih, garam, dan buah
o   “Panggi”, sejenis bahan pengawet yang boleh ditambah untuk mengelakkannya daripada menjadi basi dan berbau busuk
o   boleh ditambah dengan buah nangka, nenas muda, dan tuhau bagi menambah perisa
o   Batang pisang atau 'polod' juga kadang-kala dicampurkan kepada bosou ini
o   Sekiranya nasi yang digunakan baru dimasak, campuran itu akan dibiarkan sehingga mencapai suhu bilik sebelum disimpan
o   Dapat dihidangkan begitu sahaja atau dimasak terlebih dahulu
o   bagi menghilangkan bau dan menambah perisanya
o   Kebanyakan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati bersama nasi putih bersama bosou ini

Sup Manuk Lihing


Untuk mengetahui recipe, sila klik perkataan “gambar” di bawah
Gambar 3: menunjukkan sup Manuk Lihing

Pengenalan

o   Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing'
o   Dalam Bahasa Melayu merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah
o   makanan sup yang mana bahan utamanya adalah daging ayam dan dicampur dengan Lihing (sejenis minuman keras buat tempatan dari Sabah)
o   merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini
o   boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk tempatan.
o   Mengikut tradisi kaum Kadazan-Dusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin
o   dihidangkan sebagai menu harian
o   hidangan yang wajib semasa hari-hari istimewa seperti hari perkahwinan, hari jadi dan hari pertunangan serta semasa hari keramaian iaitu Pesta Menuai yang disambut setiap 30 dan 31 Mei di Sabah

Ramuan dan cara penyediaan

o   daging ayam (kebiasaannya ayam kampung), Lihing, hirisan halia
o   Daging ayam (kebiasaannya ayam kampung) akan dimasak bersama Lihing yang kemudiannya dicampur dengan hirisan halia.

Maklumat Tambahan:
Makanan Tradisi Kaum Kadazan lain :

  1. https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/12/makanan-tradisi-kaum-kadazan-dusun/
  2. http://1001rasamalaysia.blogspot.my/2012/07/makanan-tradisional-kaum-kadazan-dusun.html










2 comments :